Sudut pandangan budaya dan sejarah Bumi

Rencana utama: Bumi dalam budaya
Earthrise, diambil oleh para angkaasawan di dalam kapal angkasa Apollo 8

Simbol falak piawai Bumi terdiri daripada palang yang diterap lilit oleh bulatan, ,[7] melambangkan empat penjuru dunia.

Budaya manusia telah mengembangkan banyak pandangan planet ini. Bumi kadangkala dipersonafikasikan sebagai dewa. Dalam banyak budaya, Bumi ialah dewi ibu yang juga dewa kesuburan utama,[8] dan menjelang pertengahan abad ke-20, Prinsip Gaia membandingi persekitaran dan kehidupan Bumi sebagai satu organisma penswakawalaturan tunggal membawa kepada penstabilan luas keadaan boleh didiami.[9][10][11] Mitos penciptaan dalam banyak agama melibatkan penciptaan Bumi oleh satu atau banyak dewa ghaib.[8]

Penyiasatan saintifik telah mengakibatkan beberapa peralihan transformasi budaya dalam pandangan manusia terhadap planet ini. Kepercayaan awal dalam Bumi datar lama-kelamaan diganti di tanah jajahan Yunani selatan Itali pada akhir abad ke-6 SM oleh gagasan Bumi sfera,[12][13][14] dianggap dicipta oleh kedua-dua ahli falsafah Pythagoras dan Parmenides.[13][14] Menjelang akhir abad ke-5 SM, kesferaan bumi telah diterima sejagat dalam kalangan para cendekiawan Yunani.[15] Bumi dahulu pada umumnya dipercayai sebagai pusat alam semesta sehingga abad ke-16, apabila para saintis pertama kali menunjukkan dengan pasti bahawa Bumi merupakan objek bergerak, sama dengan planet-planet yang lain di dalam Sistem Suria.[16] Disebabkan oleh usaha para cendekiawan dan paderi Kristian berpengaruh seperti James Ussher, yang mencuba menentukan usia Bumi melalui analisis genealogi dalam Kitab Bible, Orang barat sebelum abad ke-19 umumnya mempercayai Bumi paling lama beberapa ribu tahun. Ia hanyapada abad ke-19 para ahli geologi sedar akan usia Bumi sekurang-kurangnya berjuta-juta tahun.[17]

Lord Kelvin menggunakan termodinamik untuk menganggarkan usia Bumi antara 20 juta dengan 400 juta tahun pada tahun 1864, mencetuskan perbahasan kuat terhadap perkara itu; ia hanya apabila radioaktiviti dan pentarikhan radioaktif ditemui pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bahawa mekanisme boleh dipercayai untuk menentukan usia Bumi telah dibuktikan, membuktikan planet ini berusia berbilion tahun lamanya.[18][19] Tanggapan Bumi sekali lagi beralih pada abad ke-20 apabila manusia pertama kali melihat Bumi dari orbit, dan terutamanya dengan fotograf Bumi dikembalikan oleh program Apollo.[20]

Rujukan

WikiPedia: Bumi http://www.astronomycast.com/stars/episode-51-eart... http://education.nationalgeographic.com/education/... http://adsabs.harvard.edu/abs/1972AtmEn...6..579L http://adsabs.harvard.edu/abs/1974Tell...26....2L http://adsabs.harvard.edu/abs/1988Sci...241.1441M http://adsabs.harvard.edu/abs/2003deu..book.....C http://earthobservatory.nasa.gov/ http://solarsystem.nasa.gov/ http://solarsystem.nasa.gov/planets/profile.cfm?Ob... http://www.nasa.gov/centers/goddard/earthandsun/ea...